Followers

Monday, 8 June 2015

RESEPI UDANG KAM HEONG / KAM HEONG PRAWN



Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

  • Udang (as many as you want)
  • Kunyit
  • Garam 
  • 5-7 tangkai cili kering
  • halia 
  • 4 ulas bawang putih dan merah 
  • sos tiram (tapi Mai pakai kicap karamel)
  • kicap 
  • Garam 
  • ajinomoto
*tu je kot bahan nye , hahha* 

Cara-Cara Untuk Membuat :-

  1. Gaulkan udang bersama kunyit dan garam kemudian goreng sehingga masak, ketepikan (resepi sebenar kena gaulkan udang dengan tepung jagung, tapi Mai tak suka so buat je lah udang kunyit)
  2. Basuh dulu ye cili keringnya, panas kan kuali dan tumis cili kering,halia,bawang merah dan putih. Tumis-iiiiii sampai penat, hahaha 
  3. Pastu masukkan kicap dan sos tiram or kicap karamel (Mai tak pandai nak anggar berapa sudu nak letak, sebab resepi Mai semua ikut cita rasa sendiri, haha. sebab tu letak ikut main suka je) Kalau pekat sangat letak air (pun ikut suka hati) haha
  4. Jangan lupa masukkan garam dan ajinomoto, gula tak payah kot sebab kicap dah manis.
  5. Lepas itu, masukkan udang sedap tadi ke dalam kuali yang penuh dengan kicap *love gonna getcha, love gonna getcha, nanyi lagu Lim Kim, Sebutan nya macam kicap-kicap jugak lah, haha, tak percaya pergi tengok dekat Youtube Lim Kim-Love Game* muahahaa
  6. Rasa lah dulu, masin ke, manis ke, pahit ke, masam ke, haha . Kalau dah siap boleh lah hidang kan ..





Copyright © All Right Reserved by xxhyejixxing 2014-2015